|
Pada hari Ahad 25hb April 2010, AROCKV telah mengadakan sesi TT/ Short Sprint April ke Temerloh, Pahang. Sebanyak 12 buah Alfa yang menyertai konvoy tersebut, iaitu sebuah 75, sebuah 147, sebuah 156, sebuah 164super, 2 buah 146 dan yang paling popular adalah 155 sebanyak 6 buah.
Konvoy bergerak pada jam 11.30 pagi dari Genting Sempah dan tiba di plaza tol Temerloh pada jam 12:45 tengahari, di mana Alfisti telah disambut oleh saudara Iwan dengan Alfettanya. Hanya 11 buah Alfa yang selamat tiba ke destinasi kerana Alfa 147 telah mengalami kerosakan dalam perjalanan.
Pada jam 1:30, Alfisti berangkat ke medan selera untuk menikmati hidangan tengahari iaitu nasi putih, gulai tempoyak ikan patin, ikan patin goreng, ikan talapia goreng kicap cili api, ayam goreng, kangkung goreng belacan, sayur campur, ulam ulaman, sambal belacan, bubur kacang durian, buah buahan dan air sirap.
Setelah makan hingga kekenyangan dan setelah membungkus lauk pauk yang berlebihan, pada jam 3:30 petang, Alfisti berangkat pula ke Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah. Setelah tiba di sana pada jam 4:30 petang, Alfisti mengambil peluang untuk melawat, melihat serta bergambar bersama gajah. Pada jam 5:30 petang, konvoy berangkat pulang ke destinasi masing-masing. Sekian laporan.
Wassalam.
- Mrs Redbox |